SEJARAH PENUBUHAN

Peningkatan jumlah bagi kes-kes terdampar di institusi kebajikan kerajaan dan bukan kerajaan semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Keadaan ini dijangka berterusan di masa akan datang. Tidak dinafikan, kerapuhan sistem institusi keluarga, kelemahan sistem kekeluargaan, keruntuhan akhlak, ketidakpatuhan kepada ajaran agama dan pelbagai fenomena sosial yang lain telah menyumbang kepada masalah pengabaian terutama warga emas, orang kurang upaya dan saudara baru.

Di hospital kerajaan umpamanya, keadaan ini semakin ketara di mana ramai warga emas yang sesuai untuk discaj tetapi tiada tempat yang sesuai untuk dituju atau lebih tepat tiada penempatan untuk mereka.

Implikasi daripada itu, maka Persatuan Kebajikan Al Fikrah Malaysia telah terpanggil untuk sama-sama membantu insan malang ini agar mereka juga dapat merasai tempat tinggal yang sesuai, selesa serta menghabiskan jangka hayat seperti insan lain yang berkeluarga dengan aman dan tenang.

Leave a comment